Dapat Duit Pertama Dari Klikjer Affiliate, Ini Buktinya!
Betul ker klikjer penipu? Kalau penipu
tak kan saya dapat komisyen pertama saya melalui affiliate klikjer. Anda boleh rujuk gambarajah di bawah, bukti komisyen pertama saya dapat. Ya, ciput jer, rm40 pun
duit, itu pun baru sorang yang beli, kalau 10 orang..haaa dah berapa? Tak ke
rm400. Ok lah kan untuk orang macam saya yang baru nak berjinak-jinak dengan program
ini. Sapa nak bagi kat kita duit buta-buta jer zaman sekarang? Betul
tak?
Ada orang tanya saya "susah ke nak dapat komisyen, jadi affiliate ni?" eemm...bagi saya mula-mula susah sikit (sama jer dengan kerja lain!) tapi lama-lama senang jer, mungkin kita tak perlu buat apa-apa pun, tahu-tahu duit dah masuk dalam akaun kita! Jangan risau, di sini saya ada kongsikan juga beberapa tips yang anda boleh buat sekiranya anda sebagai pemula (affiliate beginner).
Sebelum kita pergi jauh, saya ingin maklumat kepada anda, perkongsian ini adalah berdasarkan bacaan, kajian dan pemahaman saya yang baru nak bertapak dalam program affiliate ini. Semoga ianya memberi manafaat kepada yang berminat dalam program ini.
Program Affiliates ni apa sebenarnya?
Secara amnya program affiliate ini
adalah kita tolong menjual produk orang lain dan kita akan mendapat
komisyen/imbuhan sekiranya produk yang kita jual itu ada pembeli yang
sah....senang kan?
Cuma cabarannya adalah cara dan strategi kita untuk mempromosi produk yang boleh menarik minat pembeli untuk membeli produk tersebut....takpe semua ni anda boleh kuasai dengan cepat sekiranya anda menggunakan kaedah yang betul.
Macam mana nak buat promosi?
Sebenarnya macam-macam cara boleh mempromosikan produk yang kita pilih asalkan ada talian internet. Ini kerana kaedah promosi mestilah dibuat secara atas talian (online), Apa yang penting sebelum kita nak buat promosi, kita perlu salin (copy) pautan (link) yang disediakan oleh empunya produk yang dikenali sebagai merchant.
Sekiranya pautan tersebut di klik oleh bakal pembeli, page untuk produk berkaitan akan dipaparkan. Seandainya bakal pembeli berminat dengan produk tersebut dan teruskan dengan pembelian secara sah, kita akan mendapat komisyen dari merchant. ...simple kan?
Walaupun terdapat banyak cara untuk
mempromosikan pemasaran affiliate, tetapi cara yang paling berkesan adalah bergantung
kepada kemahiran pemasar affiliate dan pasaran sasaran pemasar affiliate.
Bagaimana untuk menjana wang sebagai Pemasar Affiliate (Affiliate Marketer) di Malaysia?
Sebagai pemasar affiliate, anda boleh
membuat banyak wang jika anda tahu bagaimana melakukannya dengan betul. Di
bawah adalah contoh 3 elemen penting yang perlu anda kuasai sekiranya ingin
menjadi pemasar affiliate yang berjaya.
1. Pilih produk yang sesuai untuk mempromosikan
Langkah pertama dalam menjana wang
sebagai pemasar affiliate adalah mencari produk yang sesuai untuk
mempromosikan. Adalah penting untuk memilih produk yang berkaitan dengan
khalayak sasaran anda dan yang boleh anda percayai.
2. Menjana trafik ke laman affiliate anda
Langkah kedua dalam menjana wang sebagai pemasar affiliate adalah untuk menjana trafik ke laman affiliate anda. Ini adalah kunci sebenar yang anda perlu kuasai sekiranya anda ingin menjadi pemasar affiliate yang berjaya. Anda boleh melakukan ini dengan mempromosikan produk afiliasi anda di laman web yang sering dikunjungi oleh khalayak sasaran anda. Anda juga boleh mempromosikan produk affiliate anda melalui pengiklanan berbayar.
3. Dapatkan bayaran untuk jualan anda
Langkah ketiga dalam menjana wang sebagai pemasar affiliate adalah untuk mendapatkan bayaran bagi setiap jualan anda. Anda boleh melakukan ini dengan menerima komisen/imbuhan untuk setiap jualan yang dihasilkan oleh produk affiliates anda.
Apa kelebihan buat Affilates Program?
Sebenarnya terdapat pelbagai kelebihan kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang affiliate program ini. Diantara kelebihannya adalah seperti berikut:
- Tidak perlu ada produk sendiri
- Masa yang flexible – anda boleh pilih masa yang sesuai untuk bekerja / buat promosi
- Tidak perlu membuat pengiriman barang / tiada proses penghantaran barang
- Pendapatan pasif - Masa tidur pun boleh jana wang!
- Tiada had untuk menjana wang.
- Tidak perlu modal pun!
- Tidak perlu pekerja!
- Boleh pilih produk yang anda suka
- Boleh jalankan promosi dengan banyak dan pelbagai produk
- Tidak perlu buat proses tempahan (order)
- Boleh promosi produk di mana-mana yang anda suka asalkan ada talian internet.
- Tiada sempadan promosi - pasaran boleh dibuat ke seluruh dunia!
- Tidak terikat dengan mana-mana pihak – bebas untuk memilih strategi promosi yang sesuai.
- Tidak perlu jumpa atau ambil tahu siapa yang beli produk kita
Sekiranya anda serius untuk menjadi
affiliate dan ingin mengalami sendiri pengalaman menjadi seorang affiliate marketer klikjer, anda boleh bermula di sini.
'Selamat Maju Jaya!
Hasfy Abdullah

Tiada ulasan:
Catat Ulasan